~ Diari BisnesWanita ~

Coretan & Bingkisan Untuk Semua

Aug
13

Nak Give Up Ke?

Posted by NazhaSecret

Kadang-kadang aku merasakan bila sangat letih (tentang hal bisnes,beauty workshop,personal+family,financial) aku nak giveup aje.. malas dah nak amik peduli.. nak tido,tido,tido aje rasa nye..hehe

Tapi bila fikiran kembali normal,sudah boleh bernafas dengan tenang, aku pikir takkan nak sia-sia kan peluang yang ade. Adsense dengan Click Bank dalam proses awalan. Untuk facial dan makeup, walaupun bukan dalam planning asal.. diam tak diam sebenarnya aku sudah punyai 3 sijil - AzzalynBridal,NurulShukorAkademi dan MaryKay.. hurm..masih banyak sebenarnye nak learn.. dan aku akan selalu belajar

Last week aku ke Klang,hari yang sama juga aku di terminate oleh HPM (company Jus Mate 5) dengan alasan aku jual pakej jdm5 dengan barangan lain.. Kadang-kadang aku rasa nak marah,nak nangis pun ade.. Alasan yang pada fikiran aku tak logik sungguh, dah company aku jual macam-macam barang secara online,hadis mixed ngan jdm5 adalah dibuat berdasarkan permintaan pelanggan.. tapi itu lah..sapa lah aku yang nak mempertahankan diri sendiri walhal owner nye sendiri tak sudi nak dengar apa jua alasan. Aku suka sangat produk tu sebab terbukti berkesan,serasi dengan diri aku. Macam juga skincare dan makeup MaryKay.. aku ni,kalau dah jumpa sesuatu produk yang aku suka, aku akan try promote sungguh-sungguh.. sebab kecintaan aku dan semangat aku yang akan berusaha tanpa putus asa.. tapi bila ada sesuatu yang buat aku rasa macam tidak dihargai dengan apa usaha yang telah dibuat..aku rasa macam nak melepaskan semua itu,hmmm..ntah la.. kadang-kadang kesian bila ada juga downline aku macam Ieda terkena tempias,customer baru aku Ruzita di Puchong.. bila order yang di buat,aku dah submit,duit orang kita dah serah pada company..tapi barang tidak di deliver pada empunya hak atas alasan di hold sebab tukang order(aku la sebab guna email aku) telah diterminate tanpa notis. Aku cuba buat yang terbaik untuk pulangkan duit customer.. kadang-kadang aku rasa kenapa hidup ini terlalu kejam sangat. Macam tidak adil pun ade.. Ntah la..

Esok aku akan ikut ayah aku ke Kuantan..hopefully sangat arini dapat settle semua problem refund HPM to my customer.. AMIN

**Aku takkan GIVEUP dengan mudah dan hopefully Seminar dengan HPM ahad ni dapat mengetahui status termination aku sebagai pengedar HPM

Jul
25

Aku Seorang CEO & Kuey Teow

Posted by NazhaSecret

Email ni aku terima dari Sales Director Rabiah Kassim Mary Kay,sangat tersentuh je baca dan teringat yang Golden Rules kitaorang sebagai Independent Beauty Consultant - GOD FIRST,FAMILY SECOND dan CAREER THIRD

hasil nukilan : Yusoff Abdullah

Islam itu indah……. ……… ……… ….

Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapaku ialah guru. Alhamdulillah. . aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. .. dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun. Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut.

Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia . Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini.

Alhamdulillah. .. aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam… bertungkus lumus… dunia aku hanyalah di pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan rumahtangga.

Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan dipapan kedua bursa saham Kuala Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi…. aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah.
Dalam usia 46 tahun sebagai CEO….aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!! !

Kebahagian keluarga…. .Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus… yang sulung dah tak macam orang… rambut warna merah… bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi. Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana… Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting…. main golf pun bincang pasal kerja….
dinner pun meeting lagi!!!!… sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku… sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat…kekadang terlupa… Masyaallah!! !! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun. Aku mungkin kaya… tetapi jiwa aku kosong… kadang kala jiwa aku tertekan!!! Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat…. aku menangis… aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad…! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO. Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat.

Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis…. tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO… tetapi menangis kerana gembira…mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!! Aku diketawakan oleh mereka…. tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang….bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari.

Hari ketiga dapat RM220.00 sehari…. Alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari. Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai.

Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras… dari 2 gerai aku membuka 3.. dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN.

Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K.

Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka.Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalankan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau… atau lebih kurang jadi ‘chairman’.. .. dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Dan sekarang baru ku sedar yang Nabi Muhammad SAW pernah bersabda….9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga!

Alhamdulillah.

     TIP -bagus buat renungan bagi kita-kita yang selalu mengharap padahal usaha dari kita “0″…dah la malas nak usaha…mengeluh dari celik mata sampai ke tikar sejadah…padahal Allah dah bagi cukup & kadang-kadang lebih dari yang kita perlu…

BERNIAGA YANG HALAL PUNCA REZEKI 9/10 

Jul
18

Rahsia ClickBank Terbongkar

Posted by NazhaSecret

Actually ClickBank ni first time aku dengar masa tahun 2005.Time tu takde la amik pot sangat menatang ape ClickBank ni.. cuma aku dengar rakyat Malaysia,beralamat kat sini tak boleh join ClickBank,kira kena banned la.. Ada gak dengar masa tu orang buat duit mudah je dengan ClickBank,tapi masa tu aku duk gila dengan Autosurf dan HYIP aje. hehe..

So bebaru ni,dalam bulan lepas kot..aku ada la baca kat email dari Flarebiz team dan dari owner ebook ni sendiri pasal ClickBank ni(aku subscribe diaorang) masa tu tak amik pot gak coz busy dengan hal aku,family,bisnes,kelas… ntah macam mana,pada 15hb Julai lepas,aku tetiba lak terbayar nak memiliki panduan ni..huhuhu.. selalu macam tu taw..asyik “ter” je..baru je dapat link dan dah di download bab pertama..so tak boleh nak komen dulu macam mana..korang try la baca,praktis dan buat.pastu kita share la pengalaman camne kan.. Hopefully betul la lubuk emas bagai yang dikata,moga memberi manfaat pada aku dan rakan-rakan semua..AMIN

Tengok Sini Rahsia ClickBank

Jul
17

Beli Buku @ Kinokuniya KLCC

Posted by NazhaSecret

Selepas Beauty Workshop kat Desa Pandan Ampang ari Sabtu 12hb Julai lepas,aku sempat la singgah kat KLCC,dah alang2 naik LRT putra dari Jelatek kan.. lama gila aku tak ge KLCC ni,last pun zaman aku belajar 2003/2004 macam tu.

Tujuan utama aku adalah nak beli buku 2 buah buku,selepas aku baca review dari Shahadah,Ilham dan Dila kat yahoogroups MANS(sekolah aku) ,aku teringin sangat nak baca buku Ayat-ayat Cinta oleh Habiburrahman dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh HAMKA.

Cari punya cari jumpa gak la,terus je beli dan aku baru je baca separuh..mungkin lepas aku dah baca abis,khatam semua bab,aku leh bagi review macam korang gak (Shahadah,Ilham,Dilla) hehe..lama gila tak beli buku original,asyik beli e-book aje.. ahaks!

Jul
14

Refund MIRSB-Monsun Biz

Posted by NazhaSecret

Disebabkan dah dekat sangat Hotel Dynasty dengan The Mall tempat opis MIRSB ni..aku pun pergi la menapak ke sana.. kalau aku call nak cakap dengan Puan Zamima ada je la alasan nye,meeting la,ada orang datang la..eishh..geram nye tak dapat aku gambarkan..bayangkan dari bulan Mei aku anto surat refund boleh tade apa2 khabar berita.

Time aku cari opis MIRSB ni,aku bayangkan besar sangat la opis nye,ye la syik call busy memanjang je kan,sekali pergi aduhaii.. lot shop kecik je rupanye.. area-area surau The Mall tu.. aku jumpa la person in charge,aku kata ni kali ketiga aku anto surat refund,nasib baik aku ada slip bankin original..slip resit pembayaran original aku dah bagi kat diaorang time anto surat refund kali kedua tu..tapi aku lupe nak scan resit tu,aduss tawakkal aje la,nasib baik slip bank original ada ngan aku.

So dia kata kali ni management baru,sebab yang dulu tu banyak problem.Dia suh aku teruskan dengan Monsun Biz tapi aku kata aku dah tidak berminat sama sekali.. huhuhu. Time aku duk isi borang aduan tu,ada brother mana masuk nak tau pasal sistem monsun ni,pastu budak tu terangkan la dan chow nak amik brochure,aku pun sebokla ngendeng,“tak yah la bang,baik pikir dulu sebelum nak masuk program ni,jangan jadi macam saya..bla bla” pastu budak tu datang dan kebetulan telipon berdering,ada orang tak puas hati dengan service sistem diaorang,orang tu bising-bising, aku dengan brother tadi saling pandang je..hopefully aku dapat selamatkan dia dari menyertai sistem ampeh ni..

Lepas dah isi tu,aku siap suh photostat surat aduan aku tu,mintak cop dan aku nak slip bank original aku balik..huhuhu..amik langkah berjaga-jaga beb.. aku kata 1 bulan dari skang mesti settle aku nak deposit rm3k aku.. mintak2 la dipermudahkan segala urusan..AMIN

Jul
13

PTK5 @ Dynasty Hotel

Posted by NazhaSecret

Minggu ni big boss aku (ayah aku da) ada exam PTK sepanjang satu minggu ni kat Dynasty Hotel KL,area PWTC 5hb Julai-12hb Julai.. aku plak jadi peneman setia untuk ayahanda tercinta,tukang tunjuk jalan,tukang dengar public speaking, tukang beli air mineral+kacang, tukang bancuh air nescafe tengah malam.. hehehe

So sepanjang minggu lepas aku duk melepak aje la keje nye,ada beauty workshop 2 kali macam tu kat KL,pastu buat appointment dengan member-member.. nak online payah sket sebab laptop aku tertinggal kat umah.. tapi tak de la plak rasa rileks bercuti bila tak online coz still ada keje offline yang aku kena buat.

Tapi bila pagi bangun,lepas solat subuh,tinjau kat tingkap dari tingkat 22 Hotel Dynasty,tetiba rasa bersyukur aku tidak perlu seperti orang di luar sana,berkejar nak punch card,sesak dalam traffic jammed lagi. Bersyukur lah dengan apa yang aku ada tapi aku kena fokus dan kena kerja kuat lagi dalam bisnes online ni

KL yg sibuk

Jul
06

New Look!Big Eyes

Posted by NazhaSecret

Actually in my previous entry I have told that I want to have contact lens for bigger eyes. And my dream comes true when I went to Bro ShahArin shop yesterday. At first this is not my intention to buy this hot contact lens because I just want to accompany my father to make his eyeglass for his exam PTK this week. Then when we wait for their 1 hour service (cepat betul siap) I’ve try this big eyes contact lens and I really love it. This is my 1st time using the contact lens,hopefully it suite for me.. So this is my new look:

SEBELUM

SELEPAS

Is that look so weird ..huhuhu Anyhow thanks a lot to Bro ArinShah and his staff recommended grey colour and my friend said my face look totally different.After come back from beauty workshop at Jaya 33,PJ..I meet my loyal customer at Seremban then she praise me ” Angah,your eyes look so beautiful” wawawawa.. kembang sekejap la

So for those want to try this HOT CONTACT LENS FOR BIGGER EYES I really recommended Bro ArinShah’s Shop - Iris Optometry at Senawang,n9.. Maybe I want to buy green colour or violet colour after this..hehehhe

Jul
04

Learn From Past Mistakes

Posted by NazhaSecret

Aku bekas pelajar Political Sciences dan sangat berminat dengan dunia online sejak dari tahun 1997 dimana aku suka sangat dengan dunia chatting dan games,kawan-kawan aku tau dah kalau aku hilang takde kat bilik tu jawabnye aku memang ‘berumah tangga” kat Cyber Cafe hostel la,sehinggalah aku tamat belajar pada tahun 2003 di sebuah U tempatan dengan jayanya.Bekerja sebagai goverment servant contract 2 tahun tapi aku tak pernah pun dapat apa yang aku nak(kepuasan bekerja,salary,tak pernah improve skill and knowledge aku).Membuat satu keputusan berhenti kerja,tak nak kerja bukan lah senang walaupun ada desas desus kata if aku dapat teruskan kontrak tu,maybe aku dapat diserap sebagai permanent staff cerah dan peluang untuk aku guna degree aku utk move level kerja senang.Sapa tak meleleh dengar,semua orang kalau boleh tak nak lepaskan peluang maju dalam kerjaya bidang masing-masing kan.

Tapi aku tak pernah menyesal pun skang ni,cerita aku mula berminat dan bergiat aktif dalam dunia AUTOSURF,HYIP dan FOREX akhir tahun 2005.Forum NoGold dan CariGold merupakan forum pertama yang aku join dan banyak sangat belajar kat sana,kena tipu pun bermula kat situ la..hehe,Nasib badan kan

Aku belajar dari bawah,bermula dari insan yang tidak punya apa-apa ilmu pengetahuan tentang dunia bisnes online,tentang hal berkaitan dengan web,coding html..sehinggalah ketahap sekarang ni mempunyai dua domain sendiri dan berjaya mensetup web-web tu cincai-cincai pun ada gak rupa web,biarlah bukan rupa web pro pun kan..hehehe

Kebanggaan aku tahun 2008 terlahirnya www.BisnesWanita.Com dan www.SentuhanKreatif.Com hasil usaha sendiri aku sendiri,berada pada tahap skang dalam dunia online bukanlah sangat mudah.Kenapa tetiba aku cerita bab ni,apala tujuan aku membebel cite yang membosankan ni,sebab nya mudah bila minggu ni aku ada jumpa kawan dan juga ada terima YM dari kawan-kawan lama time belajar dulu,kawan-kawan tempat kerja lama,tanya aku kerja apa,bila aku jawab “ala aku kerja biasa-biasa aje,bisnes online”  diaorang boleh balas ” eh,boleh hidup ke?” “bape sen la sangat ko dapat kan sebulan,mampu ke nak beli kereta,rumah” “ala tu belum kawen lagi kang kalau dah kawen macam kitaorang ni tak keje takleh idup wei” “ei kalau aku la,tak kelas langsung” apa aku leh buat hanyala SENYUM dan terus senyum.. ye memang aku akui aku tak de kedai di alam nyata,kerana bisnes aku 100% beroperasi secara online,promote pun 100% online tetapi aku bersyukur kalau dulu gaji aku kerja bawah rm700 sebulan bekerja dari pukul 8pagi-5ptg skang ni bekerja ikut suka hati aku,tapi aku boleh buat average 5x - 7x ganda dari gaji dulu sebulan hanya dengan berniaga secara online,tapi bukan mudah la kan nak capai target ni. Skang aku nak cuba plak dalam bidang baru,adsense,affiliate dll plak,mana tau rezeki aku lagi murah lepas ni,hehe..nak senangkan family aku dan nak beli kereta idaman aku HONDA JAZZ ..yehaaaaaaaaa!! tapi kalau beli nak sumbat kat mana plak kete tu nanti..hehehhe.. buat kawan-kawan yang mengenali diri aku,jangan korang pandang aku takde mata taw,kecik ati aku,tapi bila dah luahkan kat blog aku,rasa lega nak mampus..fuhhhhh..lepas ni leh la tido ngan aman..

** Kesilapan aku dulu - TIDAK FOKUS DALAM BISNES APA YANG AKU NAK BUAT,orang jual ni,kita pun nak jual ni,orang jual tu,kita pun nak jual tu.

** Jalan Penyelesaian - CUBA UNTUK FOKUS dan TUMPUKAN terhadap BISNES yang aku SUKA dan MINAT 

 TIPS!! = KENALI POTENSI DIRI SENDIRI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN TERLIBAT DALAM DUNIA BISNES ONLINE.

IF I CAN DO IT,YOU CAN DO IT TOO!!

Jul
03

Mana Nazha Hilang Ni?

Posted by NazhaSecret

Hahaha..aduhaii.. sebenarnye memang banyak gila nak update,nak membebel kat blog kesayangan aku ni.. tapi apa kan daya,aku ni hanya manusia biasa,bukan robot yang boleh bekerja lebey masa..hehe.. tajuk ni merujuk pada satu YM yang aku terima,“Mana Nazha Hilang Ni?Blog tak update je saya bape kali tengok sama aje”

Ya ampun..bukan aku sengaja tak nak mencoret,tapi kekangan jadual dan masa untuk online sangat limited,bulan Mei memang free sesangat la boleh ge sana sini,bulan Jun memang padat gilos.Meh aku senaraikan alasan apsal Nazha ni Hilang dan begitu bz nak mengupdate blog:

1- Busy dengan job wedding (as a junior photographer sekali dua je sempat ge menembak,travel 2 kali,editing)

2- Sangat sibuk dengan kelas facial + makeup (permintaan untuk kelas ni sangat la banyak sampai tak menang tangan)

3-Bila buat kelas facial + makeup yang memaksa aku pergi ke KL dan tido di umah ayah aku Klang (susah nak online guna 3g kat sana sangat la slow giler)

4-Juga menjadi supir buat kakak tersayang yang asyik kena pergi hospital medical checkup pregnancy(ada kencing manis+darah tinggi masa mengandung- aku kena jadi baby sitter,nak online pun payah sbb skang anak buah aku dah pandai kacau aku nye laptop) hehe..

5-Busy dengan anto barang COD JDM5,Hadis Nutri Meals,MaryKay Produk

Ini lah sebahagian alasan kenapa tiada update sepanjang bulan Jun..jadi untuk permulaan bulan Julai ni aku cuba sedaya upaya menjalankan tanggungjawab sebagai junior blogger mengupdate dan mengapply segala teknik di JomSeminar bebaru ni..tengah duk intai partner untuk projek yang akan datang , Moga ALLAH permudahkan segala urusan aku.AMIN

**tengah tunggu refund MIRSB MONSUN-BIZ lagi..bila la aku nak dapat ni..huhuhu

Salam Ceria BisnesWanita.Com | SentuhanKreatif.Com

mysign3.JPG

May
18

Merempit Senawang - Klang

Posted by NazhaSecret

Minggu ni laluan Senawang - Klang dah macam laluan asasi buat aku,ibarat macam “makan nasi” memang itu lah yang terjadi sejak hari Khamis 15 Mei 2008 yang lepas.

Aduhh..penat sey,ari Khamis petang ge Klang dari Senawang (with my lovely Mom sebab pakcik aku dr kampung,Besut Terengganu datang).

Jumaat aku plak bekejar sensorang balik ke Senawang sebab nak amik barang ( x cukup item,janji ngan orang kt Shah Alam) dan kebetulan ada nak hantar barang kat 2 orang client JDM5 kek Somban. So macam minah rempit la kejap kan,sampai lewat petang (dekat nak Maghrib) dah kat Somban tu,settle je hantar JDM5 tu rasa lega sket kan,balik umah,rebus ikan nak bagi kucing kesayangan aku - Bulat & Putih .. upah diaorang jaga umah..hehe..siap-siap apa semua tengok jam dah kul 10malam..aduss..mata aku ngantuk gila,macam mana nak rempit lagi ge Shah Alam ni..nasib baik la member aku Intan cancel nak jumpa,kalau tak,tak terkejar de aku nak ge Ampang..huhu.settle kat Shah Alam dah kul 12 tgh mlm. Sampai-sampai umah Klang dekat kul 1 pagi..nasib baik “big boss” aku tak membebel ye la anak dara balik lewat, tak pernah aku balik time cenggini der..

Skang aku dah ada kat umah Senawang (petang tadi sampai) tapi esok pepagi (eh dah kul 2.40 am kira arini la sebenarnya) nak kena ge Klang balik pulak…adoiii..tapi takpe setiap kilometer perjalanan dari ari Khamis dah masuk dalam kiraan diary bisnes wanita macam aku ni,jadi walaupun kesana kemari,mesti kena ada “masuk” jangan asyik “keluar aje byk”..so minggu ni “masuk pun kena banyak” - kebetulan bonus insentif HPM untuk produk JDM5 dah masuk dalam akaun.Alhamdulillah

**balik Klang line 3g aku ampeh menyebabkan aku takde mood nak online..huhu..tapi kena jugak online,kalau tak,tak masyuk la…huhuhu..

    About Me

    WaRm WeLcOme tO aLL.. BisnesWanita Dot Com merupakan projek website pertama yang berjaya dihasilkan setelah 2 tahun menggunakan wordpress percuma sebagai platform dalam semua aktiviti online saya. Jadi dengan ini,saya cukup berbangga dapat menyiapkan website BisnesWanita Dot Com sebagai satu hadiah dan satu keazaman baru bagi tahun 2008. I'm very simple woman, hardworking and independent..wanna to know how to increase ur money? lets share or chit chat about it..All about MONEY!~ Teringin jd mcm Donald Trump..U r fired!!hehehe...See ya :D Have a wonderful day.. ;))